Tips Buat Ibu Baru

Monday, September 26, 2016 0 Comments A+ a-

Langkah-Langkah Pertumbuhan Bayi


Image result for langkah-langkah pertumbuhan bayi

0 - 2 Bulan

  • Berkomunikasi dengan bunyi-bunyi kecil, bersin dan tangisan.
  • Penglihatan sekitar 8-12 inci
  • Membuat hubungan mata dan belajar ketawa
  • Memberi respon kepada senyuman dan suara
  • Leher semakun kuat yang boleh mengangkat kepala
Image result for baby play gym
Mula perkenalkan meniarap (berbaring atas perut). Jika bayi dapat mengangkat kepala, rangsang mereka dengan mainandan cermin untuk menggalakkan capaian dan koordinasi mata-tangan

3 - 4 Bulan

  • Mengenali muka
  • Gigi mula tumbuh
  • Mula mengangkat badan pada siku
  • Boleh mula meniarap

Image result for pee ka boo baby
Menyanyi dan membacalah kepada bayi untuk membiasakan mereka dengan bunyi dan nada suara. Rangsang ingatan dan minat mereka dengan menunjukkan gambar keluarga dengan bermain 'ba-cak'

5 - 6 Bulan

  • Mula merangkak dan duduk
  • Boleh mencapai dan memegang benda
  • Meniru bunyi seperti da da da, ma ma ma, pa pa pa
  • Mengenali nama sendiri
Image result for play baby
Bercakap dengan bayi menggunakan ayat penuh dan menggambarkan perkara di sekeliling mereka untuk membantu meningkatkan perkembangan bahasa mereka. Rangsang mereka dengan mainan berbunyi (rattle toy) untuk belajar sebab dan akibat

7 - 8 Bulan

  • Mula menyokong berat sendiri pada kaki dengan bantuan
  • Cuba meniru bunyi orang dewasa
  • Belajar memahami perkataan "Jangan" "No"
  • Boleh membezakan muka-muka biasa dan tidak biasa
  • Boleh menjadi malu atau cemas di sekitar orang yang tidak dikenali
Image result for peek a boo baby
Bermain "sembunyi-sembunyi" untuk menggalakkan rasa ingin tahu dan meningkatkan perkembangan kognitif

9 - 10 Bulan

  • Meniru gerak isyarat
  • Mempunyai mobiliti yang lebih baik dengan tangan seperti bertepuk tangan
  • Boleh mula meluahkan perasaan - suka atau tidak suka
Image result for baby toys
Rangsang perkembangan anak dengan mainan susun tindih atau susun suai, carta warna dan lagu kanak-kanak. Tingkatkan kemahiran motor dengan gimnasium bayi / mainan berhalangan

11 - 12 Bulan

  • Boleh mula berjalan sendiri
  • Memahami arahan mudah
  • Boleh membantu memakai pakaian sendiri
  • Mengenali warna dan nombor mudah
Image result for love parent
Mula mengajar mereka tentang perkataan ('sayang, ini siapa?' 'apakah warna langit?')